Saturday, 2 April 2011

SIDANG TERGEMPAR DUN SELANGOR: SIAPA PEMENANGNYA?

Sidang tergembar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor 24 Januari 2011 akan menjadi sejarah penting kerana setelah Dr. Mahathir meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengurangkan imuniti raja-raja Melayu tahun 1993 yang dikenali sebagai krisis perlembagaan itu akan memaparkan wajah sebenar siapa Umno yang menjadi dalang meminda Perlembagaan yang sekaligus menghakis kuasa raja-raja Melayu.

Speaker DUN Selangor, telahpun mengarahkan sidang tergempar itu dipanggil. Hujah Speaker ialah Tan Sri Khalid telah memenuhi kriteria untuk membolehkannya memanggil sidang tergempar DUN Selangor. Dua tokoh undang-undang; Dato’ Professor Dr. Aziz Bari, pakar perlembagaan dari UIAM dan Datuk Caramsuamy telah diminta membantu menyediakan draf pindaan tersebut.

Saban hari Umno-BN mencanangkan bahawa merekalah juara ketuanan dan raja-raja Melayu dan menuduh Pakatan Rakyat (PR) pengkhianat. Pada hari tersebut dunia akan menyaksikan siapakah sebenarnya pengkhianat; Umno atau PR. Awal-awal lagi, ADUN Sijangkang dilaporkan mahu melihat dahulu draf pindaan yang dicadangkan PR sebelum memutuskan sama ada hadir atau sebaliknya pada sidang tergempar DUN Selangor itu. Jika didapati pindaan tersebut memihak kepada MB Khalid seperti didakwa Umno, mereka tidak akan hadir. Memandangkan pindaan tersebut adalah khusus untuk membuat pindaan perlembagaan yang telah dirobek mantan PM Tun Dr. Mahthir pada 1993 dahulu maka eloklah draf tersebut diserahkan kepada semua ADUN BN Selangor bagi membolehkan mereka meneliti supaya tiada lagi helah mengatakan kita punya agenda tertentu.

PR tiada sebab meremehkan permintaan Umno itu! Kerana jika selepas diserahkan, mereka enggan hadir, rakyat tentunya akan lebih mengenali perangai hodoh mereka sebagai petualang sebenarnya institusi raja-raja Melayu. Sesungguhnya, Umno-BN sedang tersepit dengan tindakan bijak PR Selangor itu. Apa tidaknya seluruh rakyat akan tahu bahawa Umnolah sebenarnya petualang yang melakukan onar sedang selama ini mereka menuding PR. Dengan PRU13 besar kemungkinan akan diadakan lewat tahun ini, sesungguhnya Umno sangat cemas, khuatir wajah hodoh mereka dilihat rakyat. Percayalah, jika momentum ini mampu dikekalkan PR, Umno-BN akan tumbang dalam PRU13.

Jentera Kerajaan yang ditunggangi, media yang memihak dan wang yang mereka punyai sudah tidak memberi apa-apa makna kerana rakyat sedang menunggu saat dan ketika untuk menyungkurkan mereka. Saya yakin dalam masa terdekat ini Umno-BN sangat menggelabah dan akan mengadakan mesyuarat MT khusus membincangkan isu sidang tergempar DUN Selangor ini. Bagi mereka 24 Januari penentu kepada survival parti melayu terbesar yang mereka dakwa. PM Najib dan pimpinan Umno seluruhnya benar-benar menggeletar kerana kedurjanaan mereka akan ditelanjagi pada hari tersebut.

Dengan kekalutan perlantikan SUK Selangor yang penuh miseri dan kontroversi yang sengaja mereka cipta ternyata menyesakkan nafas Umno yang menjadi dalang kepada semua kekalutan itu. Tun Dr. Mahathir adalah orang yang paling cemas kerana beliaulah punca kepada semua kecelaruan. Apakah hanya Mahathir sahaja yang harus memikul beban dan sumpah-seranah rakyat? Tidak, semua pemimpin dan penyokong Umnolah yang bertanggungjawab kerana gagal menegur Mahathir tahun 1993 dulu! Mereka menikus kerana berkepentingan, sehingga mewajarkan berlakunya kerosakan kapada seluruh sistem negara.

Kepada Tun Dr. Mahathir, Allah maha kaya memanjangkan usianya bagi membolehkannya melihat kesan karakusan nafsu serakahnya. Kepada raja-raja Melayu sedarlah bahawa Umno hanya melakukan semuanya bagi menjamin kepentingan mereka. Institusi raja harus neutral fungsinya. Jika tidak inilah kesan dan bahananya seluruh umat Melayu menanggang kesannya.  

Ditulis pada:
9 Januari 2011.

No comments:

Post a Comment