Sunday, 10 April 2011

APAKAH WAJAR PAS BERKECUALI?


Apakah boleh PAS menetapkan pendirian yang bersifat dasar ini hanya berasaskan video yang ditayangkan di Youtube dan media yang dikawal Umno-BN? PAS sebagai partai yang jelas berpaksikan prinsip hukum harus tenang mengahadapi mehnah dan turbulasi kelam Umno-BN yang dihalakan kepada kerabat PR di saat genting begini. Pertamanya, asas partai PAS dalam menentukan pendirian jelas; di sana ada hukum dan rujukan iaitu Al-Quran & As-Sunnah.

Sebagai tanda persahabatan tulen, PAS perlu memberi sokongan padu! Itu mesti jelas! PAS harus bersama-sama membongkar kedurjanaan Umno-BN yang merupakan dalang di sebalik kerja jelek ini. Jika PAS berkecuali, itu sudah memadai bagi memenangkan desperado2 bankrup. Terlalu banyak persoalan yang masih belum dijawap di pihak mereka yang jika terus diasak pasti mereka tersungkur dengan tembelang jahat mereka yang perlu didedahkan untuk ketahui rakyat...... 

Kita Jangan turut sama terperangkap dengan mainan jelek dan jijik mereka! Sedarkah PAS sesungguhnya inilah yang diidamkan mereka agar gabungan mantap PR berkecai supaya PRU13 kelak kita tersungkur. Ingat, saya perhatian sudah ada beberapa pemimpin PAS yang membuat kenyataan bodoh. Ingat lagi, apa yang pernah disebutkan Ustaz Harun Taib bilamana beliau disoal wartawan? Janganlah lagi buat kenyataan yang merugikan...............    


Ayuh Dewan2 PAS; Harian, Ulama, Pemuda & Muslimatnya bangkit nyatakan pendirian tegas partai sebagai sahabat tulen bagi menentang kebobrokan yang jelek dan jijik ini. Enough is enough, we Muslims are tired of this. Malu, bangsa apakah kita ini? Berpolitik macam masyarakat tidak bertamaddun sedangkan kita mengaku beragama! Terlalu barbaric dan bobrok………….

No comments:

Post a Comment