Interlok was written many years ago, what a big fs? Ia tetap sebuah hasil karya yang punya keunikan dan keaslian tersendiri. That’s the beauty! Ia jadi cacar-merba bilamana orang-orang politik yang berkepentingan cuba mengambil mileage! Baik Umno, PAS, KeAdilan apatah lagi MIC. Mereka semua gagal berkata benar dan jujur, sehinggakan hasil karya yang tinggi nilai estetikanya dikatakan menghina suatu kaum negara ini. Malang dan sedih!
Jika semua kita menyatakan sikap secara jujur, saya pasti isu ini sudah lama beres. Yakinlah, SN Abdullah Hussein jujur ketika menghasilkan karya ini hampir 40 tahun lalu. Baca dan tekunilah karya ini secara jujur, kita pasti akan terkesan akan mesej yang cuba dibawanya. Mungkin ada yang menuding dan menuduh saya sebagai tidak sensitif, perkauman dsbnya. Itu bukan isunya, isu sebenarnya ialah kerana kepentingan-kepentingan tertentu, kita jadi tidak jujur dalam menyatakan sikap kita. Akhirnya, jadilah seperti apa yang kita saksikan hari ini. Akibatnya, karya yang merakam zamannya jadi korban.
Kementerian Pelajaran Malaysia yang cuba meleraikan isu ini juga dilihat gagal! Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk meneliti Interlok juga tidak ke mana. Muhyiddin Yassin selaku menteri pelajaran juga gagal dan dilihat lebih mahu menjaga hati kerabat parti komponen BN iaitu MIC demi mengharapkan undi kaum India dalam PRU13 kelak!
PAS juga tidak banyak membantu meleraikan kemelut ini, malah menggesa pula supaya Interlok ditarik keluar daripada dijadikan teks pembelajaran mata-pelajaran berkenaan. Secara peribadi pada saya tindakan beberapa wakil rakyat PAS seperti NizarJamaluddin, Mujahid Yusof Rawa dan lain-lainnya dalam isu ini sangat mengecewakan! Lihatlah kerana kurang bijak, Dr. Mariah Mahmud terperangkap. Apapun hujah beliau, apa yang berlaku sudah menjadi sejarah!
Tanpa memihak, paling tidak tindakan KeAdilan dalam menyatakan pendirian parti itu dalam isu Interlok melalui Ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim harus dipuji.
Sesungguhnya, kekecewaan SN Pak Samad Said terhadap PR dalam isu ini boleh difahami. Jika beliau sudah hilang keyakinan terhadap BN maka harapan beliau kepada PR juga tidak kemana. Kerana dalam isu Interlokpun PR bercelaru. Jika sedikit masa dulu Pak Samad turun padang, sekarang beliau sudah letih!
GAPENA yang sepatutnya berperanan, dilihat lebih banyak berpolitik dan tidak boleh diharapkan. Apa yang mampu dilakukan GAPENA di bawah Datuk Dr Ismail Hussein? Tanyalah kerabat gabunganya, mungkin ada jawapannya!
Nampaknya, semua sudah jadi jelek dan penuh dengan prejudis! Rupa-rupanya new millennium ini gagal menjanjikan warga yang benar-benar jujur, bermaruah dan terbuka....................
Ditulis pada:
Mac 2011
No comments:
Post a Comment