Lumrah dalam sesebuah organisasi, apa lagilah politik! Tentu akan ada persaingan, yang tentunya untuk menyegarkan demokrasi dalam organisasi supaya parti tidak jumut. Sebagai parti Islam dan agak besar keahlian, PAS harus berlapang dada menerima siapa yang punya wibawa menawar diri untuk memimpin jamaah. Soal, calon daripada kalangan ulamak, professional, aktivis dan sebagainya sepatutnya tidak dipolimikkan menjadi isu yang boleh memerangkap parti! Kerana premis kita jelas; berpaksikan al-Quran dan al-Hadith. Pemimpin yang menyimpang daripada landasan, pasti akan terpelanting. YDP Dato' Asri Muda meninggalkan parti tapi PAS terus maju dalam dekad-dekad berikutnya sehingga menjadi political force dalam arus perdana politik negara!. Jadi, apa yang perlu digusarkan, sehingga memberi ruang kepada strategis musuh memporak-peradakan PAS. Menjelang Muktamar Jun ini, bagi saya tidak perlulah ada tokoh dari kelompok tertentu membuat saranan kepada perwakilan tentang siapa yang patut dipilih! Lihat saja Ihwannul Muslimun, Imam Hassan Al-Banna dan Syed Qutb, siapa mereka? Tapi lihatlah legasi yg mereka tinggalkan. Marilah kita sama-sama berjiwa besar meraikan sesiapa saja di kalangan pemimpin parti yang ingin menawar diri ke jawatan-jawatan tertentu ......... Selamat bermuktamar ……………
No comments:
Post a Comment