SUNDAY, DECEMBER 19, 2010
Harakah Post: - Pengajaran PRK Galas
Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas berlalu beberapa minggu tapi kesannya agak perit untuk diterima. Yang menang dan yang kalah memberi alasan dan komentar masing-masing untuk menjustifikasikan kenapa mereka menang dan kalah. Umno-BN tentunya mengatakan yang rakyat telah kembali menyokong mereka. Pas akan mengatakan kalah disebabkan manipulasi, salah-guna kuasa dan penipuan di pihak Umno-BN. Sebagai seorang ahli parti yang sangat concern terhadap survival Pas vis-a-vis Pakatan Rakyat (PR) yang akan ke Putrajaya berasa kurang bijak sekiranya pimpinan Pas terus memberikan alasan yang lapuk kerana bukan kita tidak tahu yang Umno-BN memang akan senentiasa menggunakan taktik-taktik yang tidak bertamadun dalam menentukan kemenangan dan survival mereka. Kita bukan baru memasuki pilihanraya malah berulang-ulang kali! Apakah pimpinan Pas begitu naif untuk tidak tahu akan perangai Umno-BN dalam menentukan kemenangan. Ucapan pemimpin-pemimpin Umno di Perhimpunan Agungnya yang baru lalu mengesahkan bahawa mereka tidak sanggup kalah malah yang akan mempertahankan Putrajaya biar bercerai nyawa dari badan! Apakah dengan menyalahkan pihak lawan sudah boleh menjamin kemenangan kita di PRU-13 nanti? Apakah tindakan kita memberikan zakat kepada beberapa orang kaum asal dan menawarkan wang tambang balik kepada pengundi luar daerah serta menyerahkan geran hak-milik tanah kepada penduduk semasa PRK Galas itu bijak? Saya tidak mempersoalkan dari segi hukum tentang kewajaran memberikan zakat itu baik di waktu mana sekalipun kerana itu bukan isunya. Jauh sekali saya mahu mengatakan yang YAB TG Datuk Nik Aziz Nik Mat tersilap kerana tindakannya tiada cacatnya dari segi hukum! Persoalannya ialah di mana wisdomnya kita memberikan semua ini ketika kempen PRK Galas itu? Sedangkan kita sudah pasti yang semua itu akan dijadikan peluru untuk menyerang kita! Mungkin sdr. Hanifa Maidin tidak bersetuju dengan saya. Di sini, kita bercakap tentang persepsi kerana kehidupan di alaf ini boleh dikatakan banyak dipengaruhi persepsi. Kita harus ingat bahawa semua instrumen Kerajaan tidak akan menyebelahi kita biar sebaik manapun kerja-buat kita. Zakat yang kita berikan yang dituntut syarak itupun dikatakan berunsur rasuah. Apatah lagi tawaran tambang balik mengundi maka lebih-lebih lagilah dikatakan rasuah. Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Dato' Wan Ahmad yang kita ketahui lebih Umno dari Umno sudah boleh melemahkan kita. Bukankah lebih baik jika zakat kepada beberapa orang kaum asal itu diberikan pada masa lain. Walau apapun hujahnya, kita harus mengakui bahawa Kerajaan negeri Kelantan agak lewat bertindak dalam isu pemberian hak milik tanah dan kita kena akui juga bahawa kita sudah memegang kuasa pemerintahan negeri selama 20 tahun. Rakyat terbanyak tidak mahu mendengar banyak alasan. Soal kerenah birokrasi yang berbangkit di setiap peringkat pentadbiran perlu dibereskan Kerajaan sebagai pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab. Tahap kecekapan jentera pentadbiran di peringkat jajahan/daerah perlu diperkemas dan dimantapkan. Jika tidak, dikhuatiri Umno-BN akan mengambil peluang untuk memperlekehkan Kerajaan negeri. Isu ladang rakyat nampaknya memberi kelebihan kepada pembangkang UMno-BN untuk menyerang kita. Dengan kedaifan golongan orang asal misalnya ditambah lagi dengan peranan JHEOA, sepanjang kempen kita nampaknya mengambil posisi bertahan dan ini sama sekali tidak menguntungkan, akibatnya ia diekploit media perdana yang memang kita ketahui tidak beretika. Jentera kempen kita juga diperhatikan kurang kemas dan nampak bersifat kenegerian. Kita akaui bahawa jentera kempen negeri Kelantan memang berpengalaman tapi alangkan baiknya jika dapat digabungjalinkan secara bersepadu dengan jentera kempen pihak luar dengan sama-sama meraikan kehadiran mereka agar saling lengkap-melengkapi.Biar apapun, kekalahan di Galas sesuatu yang amat berharga, paling tidak kita masih ada berbaki beberapa waktu lagi sebelum Parlimen dan DUN dibubarkan. Diharapkan semua kita mengambil iktibar dari kekalahan di Galas ini, ingat sebelum ini Pas sudah kalah di Bagan Pinang. KekalahanKeAdilan di Parlimen Sapi sesuatu yang sangat mengecewakan kerana kurangnya kesepakatan di pihak PR sehingga kekalahan kita begitu besar. Satu post-mortem perlu segera dilakukan. Ini bukan masanya lagi untuk menyalahkan sesama sendiri atau pihak lain. Semua perlu diperbetulkan dalam tempoh sesingkat waktu supaya gerak kerja kita menuju ke Putrajaya tidak terencat. Jika tidak kita hanya dikatakan berangan-angan Mat Jenin saja.
No comments:
Post a Comment